Showing posts with label Koleksi Resepi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Resepi. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

23 BENTUK CUPCAKE YANG CANTIK DAN UNIK

kredit : kukukata BlogSpot com


23 BENTUK CUPCAKE YANG CANTIK DAN UNIK

Kini makanan hidangan cupcake menjadi popular dan pilihan orang ramai masa kini, pelbagai bentuk dan hiasan yang menarik membuatkan kita tertarik untuk makan, jom kita lihat bentuk-bentuk cupacake yang unik dan mungkin boleh dijadikan sebagai idea anda untuk menghasilkan cupcake yang unik dan lebih menarik.

1. Rainbow Cupcake


 



2. Cupcake “hydrangea”


3. Christmas trees of strawberry




5. Cupcake-hearts

KARI AYAM MASALA




KREDIT :
DAPURMURNI BLOGSPOT
PIC : TYAHAGACOOK BLOGSPOT
 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita lihat bahan-bahan dan caranya.            
  

Bahannya:
12 Ketul ayam (dibersihkan dan dibilas dengan air-option kalau nak buang kulitnya)
1 Biji Bawang besar (dikisar)
2 Biji bawang kecil (dihiris)
4 Ulas bawang putih (dicincang)
2 Inci Halia (dikisar)
5 Biji Cili hijau (dikisar)
2 sk Jintan manis
2 sk Jintan putih
1 batang Kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 Biji Tomato (dipotong dadu)
4 Biji Kentang (dipotong empat)
3 sb pes Cili kering
2sk Serbuk kunyit
3 sb rempah Garam Masala
Sedikit air asam jawa (optional)
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis.Masukkan Bawang kecil + Jintan manis + Jintan putih + Kulit kayu manis + Buah pelaga + Bunga lawang.Tumis hingga naik bau,masukkan sedikit garam.
2. Kemudian masukkan Pes bawang putih + Cili hijau yang dikisar + Pes halia + Serbuk kunyit + Pes cili kering masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan Tomato yang dipotong dadu.Gaul rata dan tutupkan periuk.Biarkan selama 3-5 minit dengan api sederhana hingga tomato layu.
4. Masukkan ayam dan kentang.Gaulkan dengan bahan-bahan hingga sebati.Tutupkn periuk,masak selama 10 minit.
5. Buka penutup periuk dan masukkan air secukupnya (paras permukaan bahan- bahan yang dimasak)
6. Masukkan sedikit air asam jawa jika suka.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup periuk dan biarkan masa selama 5-10 minit.
8. Masukkan rempah masala dan gaulkan sebati.Tutupkan periuk dan masak lago 3-5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih,tosei,roti @ capati.

Selamat mencuba :)

Koleksi Kueh Pau Mawar - Resepi Step by Step

Wednesday, 28 January 2015

Koleksi Resepi bergambar

Salam Sayang dan Jutaan Terimakasih pada empunya Resepi .dan Salam Terimakasih keatas Penyumbang resepi ini dari Grum Jom masak masak
 
 
Pelbagai Resepi Roti
 
 
 
 
 

 
Step by Step

Tuesday, 27 January 2015

KOLEKSI RESEPI BERGAMBAR

Kredit dan Penghargaan untuk semua empunya Resepi dan Penyumbang Resepi dari Grup Jom Masak Masak FB dan Telegram . Love U alls !!!



 
Jika anda salah seorang peminat Masakan , sertai kami di :
                               Jom join Grup telegram - Jom Masak masak -017 3066393

Saturday, 24 January 2015

Resepi Cream puff shu kurimu

Kredit : empunya blog
Assalamualaikum

Honestly... Dah berapa banyak cubaan untuk buat cream puff atau choux a la cream. Orang Jepun panggil shu kurimu. Kali ni aku memang puas hati sebab menjadi. Rupanya ada beberapa cara untuk pastikan cengkerangnya kembung elok.
Sebelum tu meh share resepinya yang sangat mudah

Resepi walnut brownies paling sedap

kredit : Ourkizuna BlogSpot com
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Berakhir sudah jualan flea market di opis. Walau pun short RM9, aku syukur sebab semua brownies dan red velvet dengan cheese meleleh habis dijual. Dapat jugak sedekah 2 bekas untuk team dan satu untuk birthday girl anak perempuan director yang baik ngan aku tu.

Ada yang kata rasa brownies ni seperti rasa brownies kartika sari yang famos amos tu. Tapi wallahualam. Aku pun tak penah makan. Yang aku tau sedap gila je.

Seperti yang diamanatkan oleh tuan punya resepi. Resepi brownies ni perlu dikongsi kepada orang ramai supaya hasilnya menjadi. Hehehe.

Pakar roti canai - Langkah demi langkah | Ourkizuna

Pakar roti canai - Langkah demi langkah | Ourkizuna

Assalamualaikum

Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. "Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?" (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)
Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe..
 Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!

Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.

Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh
Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.
 
 
 
 

 
Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI - Adunan tepung, telur, garam, gula dan air.

Thursday, 22 January 2015

Koleksi Resepi Bergambar

Assalamaulaikum dan Salam Sejahtera.

Jutaan Terimakasih , kami mengucapkan kepada empunya Resepi dan Hak ciptaan yang dikongsi bersama sama didalam Blog ini . Ilmu yang diKongsi Pahala Anda sudah Pasti .

Ribuan penghargaan Buat teman teman Grup Memasak FB Jom Masak Masak dan khususnya , Grup Telegram Jom Masak Masak yang sudi berkongsi Resepi di sini .Hanya Allah SWT yang menganjari kebaikan Anda semua..ammiin.

P/s ; Kami tidak bertanggungjawab diatas apa apa kerugian atau kesesuaian resepi yang dipratik kan oleh pihak anda . Yang terbaik  " Always Practise Make Perfect "....Selamat berkongsi dan berKarya di Dapur masing masing.....

kek part 1 :






 

Wednesday, 21 January 2015

Kari Cair Ala Rembau





Kari Cair Mom, ala Rembau Kalau kenduri kat Rembau, mesti ada sejenis masakan ni. Macam kari, tapi agak cair.
Dan lagi satu, kalau sembang dengan arwah abah dulu, mesti bangga dengan sembelihan kerbau, bukan lembu. Sebab abah kata lembu ni makan macam-macam. Plastik pun makan. Masa kecik dulu tak reti sangat nak appreciate. Tapi sekarang sampai boleh convince my husband la. Apa nak kata, dah memang sedap.
Masa adik bongsu saya kawin tahun 2005 dulu, mom pun masak la masakan ni. Tapi, kuantiti macam nak kenduri la ye.

1. 2 pikul (120kg) daging - masak dalam 3 kawah
2. 24 kg santan pekat - 8kg bagi setiap kawah
3. 1 kati cili boh (yg siap beli kat pasar borong tu) - bahagi untuk 3 kawah
4. 3 bungkus besar rempah kari - 1 bungkus bagi setiap kawah

Cara:Tumis bawang putih, bawang kecil, halia dan cili. (kuantiti tu pandai-pandai la). Masuk daging, masak sehingga lembut (l/k 1/2 jam atau lebih). Apabila daging sudah lembut, baru masukkan santan.Memang masa kenduri tu masakan ni dapat pujian.


Kredit : Resepikaz BlogSpot com
Gambar : Aziejaya BlogSpot/Rashbag BlogSpot